Suara di sini
Suara di sana
Hingar bingar
Seakan pencemaran bunyi
Suara memberi perintah
Suara memberi arahan
Suara umpama halilintar
Bukan membelah bumi
Cuma membelah kesunyian dalam diri
Aku mahu lari
Aku mahu pergi
Menghilang jauh
Mengumpul kembali tenang dalam diri....