July 12, 2015

#109

Kau datang mengetuk pintu yang memisah realiti dan fantasi,
saat aku menjenguk menerima aturan,
asap hitam menerobos masuk,
menarik aku yang sedang menghulur tangan,
cuba mencapai sang realiti,
namun tiada berdaya,
maka tersandar aku dalam ruang fantasi,
terperangkap lagi,

lalu pintu realiti terkunci lagi.

datang kembali wahai realiti bawa aku pergi.
keranamu aku tidak mahu di sini.

No comments:

Post a Comment